PELUANG PEKERJAAN............
ALUMNI berhajat mengadakan progam usahawan kepada bekas2 pelajar smkr terutama kepada yang masih lagi mencari perkerjaan. antaranya mengadakan kursus pentenakan ikan keli, penanaman cendawan dan penternakan kambing. namun penyertaan belum di buka..peluang terbaik kepada ex-smkr kerana anda boleh mendaftarkan nama anda terlebih dahulu di blog ni. maklumat lanjut kami akan hubungi anda...
yang benar
boyer
Rabu, 30 Julai 2008
majlis tertinggi ALUMNI SMKR akan mengadakan beberapa program untuk tahun hadapan. mesyuarat ajk tertinggi akan diadakan pada cuti sekolah bulan 8 ini. tempat belum di putuskan lagi. kepada ahli2 dan bekas2 pelajar smkr yang mempunyai cadangan untuk program yang bakal diadakan boleh beri komen di blog ini....sekian terima kasih...
yang benar,
boyer......
Ahad, 27 Julai 2008
Rabu, 23 Julai 2008
penubuhan ALUMNI SMKR
Alumni SMKR telah bergerak secara tidak langsung selama 2 tahun, pada pertengahan tahun 2007, satu mesyuarat agung telah di adakan di bilik mesyuarat SMKR yang di hadiri oleh lebih kurang 80 orang bekas-bekar pelajar SMKR. dalam mesyuarat yang diadakan pemilihan Majlis Tertinggi telah di jalankan di mana JOHARI B AWANG SAZALI telah di lantik sebagai pengerusi ALUMNI. dalam mesyuarat yang di adakan juga beberapa agenda telah di utarakan seperti usaha untuk mengumpul semula bekas-bekar pelajar SMKR bagi turun padang membantu adik-adik di SMKR. ALUMNI SMKR dinaungi oleh ahli perlimen rompin DATUK JAMALUDDIN JARJIS manakala kontraktor kelas A, EN KASIM sebagai penasihat..AJK turut dilantik untuk menjayakan ALUMNI SMKR.
penghargaan
salam sejahtera kepada semua, hari ini lahir satu blog khas bagi sekolah menengah kebangsaan rompin. Di sini saya mengharapkan penyertaan dari semua bekas-bekas pelajar SMKR untuk sama membantu sekolah yang telah membawa kita menjai seorang manusia. Ini kerana tanpa SMKR kita belum tentu menjadi seseorang yang seperti sekarang. hulurkan sedikit bantuan anda mungkin dari segi kemahiran, wang ringgit mahupun tenaga agar sekolah kita menjadi sebuah sekolah yang ulung. di samping itu juga hubungan sekolah dan juga masyarakat menjadi akrab. mari lah kita membantu adik-adik kita yang sedang berjuang di SMKR untuk menjadi seorang yang berjaya seperti kita. guru-guru ibarat ibu dan bapa yang telah berusaha menjadikan kita orang yang berguna, oleh itu sama-sama lah kita membalas jasa guru-guru kita. sekian daripada PENGERUSI ALUMNI SMKR N AHLI-AHLI BERWAJIB.....
Langgan:
Ulasan (Atom)