Khamis, 28 Ogos 2008

baju

alumni bercadang untuk menreka satu desing untuk baju alumni. kepada sesiapa daripada ahli yang ingin membuat baju ini sila hantar design, dan bila sudah di persetujui, anda boleh membuat baju tersebut. ini boleh memberi pendapatan kepada anda yang ingin membuat baju tersebut.....sekian.

Rabu, 20 Ogos 2008

miliki web sendiri

assalamualaikum....okey hari ini alumni ingin menyampaikan satu berita baik kepada ahli alumni. alumni telah berjaya mendapat satu kerjasama antara syarikat edorey technology dengan alumni smkr dalam usaha mewujudkan web personal. begini, untuk menghasilkan web sendiri anggaran ialah antara RM 3000 - RM 5000. atas usaha sama ini alumni mempelawa rakan alumni untuk mencipta laman web sendiri dengan bayaran cuma RM 50 setahun. sungguh murah. dengan alamat web yang kita pilih sendiri cth: www.khairulanuar.com. setiap ahli alumni layak memilikinya. untuk melihat contoh web yang sudah dibina sila layari www.kami.myportal.my. kepada ahli yang berminat anda boleh mendaftar dengan khairul di talian 0133582788. peluang dibuka kepada 500 orang sahaja.

untuk mengetahui kepentingan memiliki web sendiri boleh juga melihat artikel yang tersedia di www.kami.myportal.my.

bersama-sama terus menuju ke hadapan.
sekian

k.a.m.i.

pendaftaran ahli baru

assalamualaikum.....mohon maaf kepada peserta baru yang ingin mendaftar sebagai ahli,kerana terlupa untuk menyertakan borang pendaftaran...kepada mereka yang ingin mendaftar sebagai ahli alumni, sila hantarkan email mengenai detail seperti nama, alamat, no kd pengenalan, tahun di smkr, pekerjaan sekarang, status, no hp, dan email anda. sila sertakan gambar jika ada. emailkan kepada alumni_smkr@yahoo.com.

sebarang kemuskilan juga boleh di nyatakan di email tersebut...sekian..

yang benar,
k.a.m.i

Sabtu, 2 Ogos 2008

estim diri yang rendah

Setiap orang mempunyai berbagai cara untuk menerangkan atau mengenalkan diri masing-masing. Ada yang memberikan maklumat mengenai rupa paras, usia, jantina, bangsa, dari mana beliau berasal dan sesetengahnya pula akan memberikan maklumat ciri-ciri peribadi masing-masing ataupun perkara-perkara yang mereka minati atau suka lakukan. Mereka mungkin memberitahu sekarang mereka masih menuntut, sudah bekerja, mereka suka berlakon ataupun mereka orang yang mudah risau.
Bagi sesetengah orang pula mereka tidak tahu dan tidak mahu menerangkan siapa diri mereka. Bukan semua orang dapat menerangkan mengenai diri mereka sendiri dengan mudah. Ini kerana bagi menerangkan perkara mengenai diri sendiri, kita sebenarnya dikehendaki menerangkan konsep-diri kita.
Salah satu aspek yang digunakan bagi mengukur konsep-diri adalah estim diri. Estim-diri ialah perasaan yang kita rasai mengenai nilai-diri kita dan ia sebahagian daripada konsep-diri. Ia juga bahagian yang menilai diri kita. Estim-diri ialah sejauh mana kita suka pada diri kita sendiri. Apabila estim-diri kita rendah, kita tidak berapa suka pada diri sendiri dan sebaliknya apabila estim-diri kita tinggi, kita akan suka pada diri kita sendiri.
Mengapakah sesetengah orang selalu risau, sedih dan murung, susah tidur serta asyik mengadu mengalami penyakit itu dan ini? Padahal, doktor mengatakan mereka tidak mempunyai apa-apa penyakit.
Kajian-kajian yang dibuat oleh pakar-pakar psikologi mendapati estim-diri yang rendah menimbulkan pelbagai masalah. Orang -orang yang mempunyai konsep-diri yang negatif cenderung mengalami lebih banyak masalah emosi sekiranya dibandingkan dengan orang-orang yang mempunyai konsep-diri yang positif. Antara masalah-masalah emosi yang sering mereka alami adalah risau, rasa gemuruh, tidak tenteram, sedih, murung, cepat marah, meradang, tidak bahagia, suka menyampah, rasa terpencil, tak dapat tidur, sakit-sakit dan macam-macam lagi.
Estim-diri yang rendah juga ada kaitan dengan sikap pemalu, rasa canggung bila berada di khalayak ramai, terlalu perasan pada kekurangan diri dan sangat takut sekiranya orang tidak suka pada dirinya. Orang-orang yang mempunyai estim-diri yang rendah juga menunjukkan sikap terlalu ingin diterima oleh orang-orang lain tetapi mereka tidak tahu cara bagaimana hendak melakukannya. Oleh itu mereka jarang menjadi anggota kumpulan-kumpulan formal seperti persatuan-persatuan dan kelab-kelab. Mereka juga kurang melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan kemasyarakatan. Oleh itu mereka selalu tersisih dan kesepian.
Mengapakah ada orang yang sering sahaja suka mencari cacat-cela orang lain? Ada pula orang yang suka mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain. Semua orang salah pada pandangan mereka.
Kajian-kajian juga mendapati orang-orang yang memiliki konsep-diri yang negatif tidak suka kepada orang-orang lain. Mereka suka mencari cacat cela orang-orang lain. Mereka suka mengata, mengumpat dan mencaci orang-orang lain kerana dengan memburuk-burukkan orang lain mereka berasa diri mereka lebih baik apabila dibandingkan dengan orang -orang itu. Tapi sayangnya, perbuatan memburuk-burukkan orang lain hanya membuatkan mereka membenci orang-orang lain. Oleh itu mereka akan menunjukkan perangai-perangai yang negatif kepada orang-orang itu. Perbuatan ini menyebabkan orang lain membenci mereka dan akibatnya mereka makin tersisih dan kesepian.
Setakat ini sahaja dahulu dan moga kita jumpa lagi di halaman akan datang.....Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarkatuh dan salam hormat.

Rabu, 30 Julai 2008

PELUANG PEKERJAAN............
ALUMNI berhajat mengadakan progam usahawan kepada bekas2 pelajar smkr terutama kepada yang masih lagi mencari perkerjaan. antaranya mengadakan kursus pentenakan ikan keli, penanaman cendawan dan penternakan kambing. namun penyertaan belum di buka..peluang terbaik kepada ex-smkr kerana anda boleh mendaftarkan nama anda terlebih dahulu di blog ni. maklumat lanjut kami akan hubungi anda...

yang benar
boyer

majlis tertinggi ALUMNI SMKR akan mengadakan beberapa program untuk tahun hadapan. mesyuarat ajk tertinggi akan diadakan pada cuti sekolah bulan 8 ini. tempat belum di putuskan lagi. kepada ahli2 dan bekas2 pelajar smkr yang mempunyai cadangan untuk program yang bakal diadakan boleh beri komen di blog ini....sekian terima kasih...

yang benar,

boyer......

Ahad, 27 Julai 2008


aktiviti menari ciken den oleh fasi2 semasa program motivasi sekolah rendah rompin, kerjasama antara ALUMNI SMKR n PIHAK SEKOLAH S.K.ROMPIN.


semasa riadah............si buta sayang


semasa aktiviti senam robik...

Rabu, 23 Julai 2008

penubuhan ALUMNI SMKR

Alumni SMKR telah bergerak secara tidak langsung selama 2 tahun, pada pertengahan tahun 2007, satu mesyuarat agung telah di adakan di bilik mesyuarat SMKR yang di hadiri oleh lebih kurang 80 orang bekas-bekar pelajar SMKR. dalam mesyuarat yang diadakan pemilihan Majlis Tertinggi telah di jalankan di mana JOHARI B AWANG SAZALI telah di lantik sebagai pengerusi ALUMNI. dalam mesyuarat yang di adakan juga beberapa agenda telah di utarakan seperti usaha untuk mengumpul semula bekas-bekar pelajar SMKR bagi turun padang membantu adik-adik di SMKR. ALUMNI SMKR dinaungi oleh ahli perlimen rompin DATUK JAMALUDDIN JARJIS manakala kontraktor kelas A, EN KASIM sebagai penasihat..AJK turut dilantik untuk menjayakan ALUMNI SMKR.